Saturday, January 30, 2010

> Auni dah meniarap

Assalamualaikum semua.

Sekarang ni Auni seronok sangat sebab dah pandai meniarap. Terima kasih kat abah dan ummi sebab bagi sokongan kat Auni supaya terus meniarap dan meniarap. Fuh, susah juga nak meniarap ni, tapi seronok. Malam-malam Auni tak tidur, tapi Auni ajak ummi bercerita dan tengok Auni meniarap.

fuh..letihlah Auni huhuhu...


sempat pandang kamera lagi..

Auni akan terus berusaha supaya Auni dapat maniarap dengan 'baik dan jayanya' yeyeye. Doakan Auni ye kawan-kawan!


** Auni tak sabar nak cerita pasal family Auni ni...

- Salam perkenalan -



Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, Auni dah ada blog sendiri. Terima kasih ummi sebab buatkan Auni blog. Ummi cakap ini hadiah sempena usia Auni 5 bulan. Wah, orang lain ada ke dapat hadiah blog macam yang ummi bagi ni? Bertuah Auni. Susah payah ummi dan abah buatkan blog ni untuk Auni. Ummi dan abah nak Auni ni rajin menulis macam ummi masa kecik-kecik dulu. (Sekarang ni pon ummi masih menulis...).

Dah ada blog sendiri ni, senanglah sikit Auni nak cerita apa-apa yang patut. Insya Allah Auni nak jaga blog auni ni baik-baik. Ops, kenapa blog ni nama Princess Auni? Sebabnya ummi kata Auni ni cantik dan comel macam puteri. Comelkan Auni?

Okeylah kawan-kawan, hingga kita jumpa lagi ye. Salam sayang dan salam perkenalan dari Auni.

** Ummi tolong taipkan sebab Auni tengah tidur sebenarnya. Terima kasih ummi.