Wednesday, February 17, 2010

- februari 2010 -

Auni bersama ummi ketika 4 bulan

Anak abah yang manja

Selamat Hari Lahir yang ke-26 untuk ummi (Pn. Saida Marlina bt Mohd Mohtar - 09/02/1984) dan abah (En. Mohd Fikry bin Mohamed - 15/02/84). Terima kasih kerana telah memberikan kasih-sayang yang tak berbelah bahagi kepada Auni.

Semoga abah dan ummi sentiasa sihat, ceria, bahagia, kekal hingga ke syurga (^_^)

** I LOVE BOTH OF YOU ... mom and dad

Sunday, February 14, 2010

- hadiah -

Stokin Auni untuk jalan-jalan sahaja...

Assalamualaikum semua :)

Dah lama Auni tak update blog Auni. Mujur hari ni Auni berkesempatan nak update blog. Auni seronok sangat sebab ummi dan abah belikan Auni hadiah. Apa tu? Jom kita tengok...

Baby Teether untuk Auni. Sekarang ni Auni asyik nak gigit-gigit je...

Cantik kan sikat Auni ni?

Barangan Auni yang comel-comel...


** Esok Auni nak gi Pantai Irama. Jom!!

Tuesday, February 2, 2010

- model tudung -

wajah comel Auni bila bertudung...
ummi kata sungguh cantik anak ummi dan abah pakai tudung ni...

Kawan-kawan, Auni sekarang ni jadi model tudung (^_^). Auni menggayakan tudung yang Tok Mi jahit. Cantik kan? InsyaAllah, ummi dan abah cakap nak belikan tudung untuk Auni. Jadi, bolehlah Auni pakai tudung selalu...

Sayalah PRINCESS SOLEHAH = PRINCESS AUNI

Saaaayang ummi...ummi betulkan tudung Auni ni.

Pandangan kosong...

Nak buka tudunglah, dah lama Auni posing ni...letih...

Monday, February 1, 2010

- 31 Januari -

Assalamualaikum...

Auni tak sempat nak ucap selamat kat Ayah Chik dan Acik Edil. Penghujung Januari lalu, hari lahir Ayah Chik dan Acik Edil.

31/01/1985 (birthday Ayah Chik)
- Mohd Taufiq bin Mohamed
- umur : 25 tahun

31/01/1987 (birthday Acik Edil)
- Mohd Aidil bin Mohd Mohtar
- umur 23 tahun

Dua-dua merupakan pak sedara Auni. Ayah Chik-adik abah, manakala Acik Edil-adik ummi. Auni cuma kenal Ayah Chik melalui gambar. Acik Edil pulak, baru 3 kali jumpa. Namun, abah dan ummi cakap dua-dua pak sedara Auni ni hebat-hebat belaka. Tak sabarnya nak jumpa Ayah Chik dan Acik Edil ni.


** Selamat Hari Lahir yang ke-25 untuk Ayah Chik dan ke-23 untuk Acik Edil (^_^)