Saturday, December 11, 2010

- terkini -

Auni dah 16 bulan (^_^)

Assalamu'alaikum semua...
waah...lamanya auni tak tulis dalam blog ni.
dua bulan rupanya..
erm, bulan ni Auni dah 16 bulan.
Alhamdulillah....

14 Disember ni Kakak Aisyah, Nafi', Ayah Long dan Mak Long akan balik.
Auni tak sabar nak main dengan Kakak Aisyah dan Nafi'.
Kalau kawan-kawan nak tahu perkembangan Auni,
kawan-kawan ziarah lah Teratak Mawaddah ya!

Abah dan ummi tengah kemas bilik atas rumah Tokmi.
Banyak sangat barang tak kemas lagi.
Bilik tu Mak Long dan Ayah Long nak duduk nanti.
Auni?
Auni dah zzzzzzzzzzzzz

Okey, hingga jumpa lagi kawan2.



Wednesday, September 22, 2010

- terima kasih -

Assalamu'alaikum semua...

Wah, lamanya Auni tak update blog. Banyak cerita nak kongsi, tapi asyik tak sempat hehe. Apa pun, Auni nak ucapkan terima kasih kat ummi sebab edit gambar Auni :)

Syawwal 1431 yang lalu
- tudung ni ummi beli kat Rantau Panjang = RM5 sahaja.


Blog Auni pun dah berWAJAH baru...tema coklat (^_^) terima kasih banyak ummi, sebab tolong CATkan blog Auni ni. Header pun dah baru.....
*


*


*

Little Princess : puteri kebanggaan abah & ummi

** pssst : gigi Auni dah 6 batang (^_^)


Saturday, August 21, 2010

- besday kami -

Alhamdulillah..
Auni genap setahun pada 08 Ramadhan 1431h (^_^)
terima kasih kepada ummi, abah, atok2, nenek2 dan pakcik makcik
serta kawan2 yang ucap selamat kat Auni...
Terima kasih juga ummi abah, atas kasih-sayang selama ini.
Terima kasih sebab menjaga dan mendidik Auni selama setahun ni.

Kelmarin (20.08.2010) besday Ayah We yang ke-22 tahun.

*
*
*
*
Semoga Ayah We sihat sokmo, ceria, bahagia dan dapat jaga Auni lagi ye.
Ayah We peneman dan pengasuh Auni yang saaangat baik :)


** tunggu Ayah Chik balik nak jaga Auni pulak (^_^)

Friday, August 13, 2010

- Salam Ramadhan 1431h -


Salam Ramadhan buat semua umat Islam terutama pengunjung di blog Auni ni (^_^)

Alhamdulillah, Auni dah sembuh dari muntah2 dan ci-bi. Tokmi cakap kemungkinan Auni ada cacing dalam perut, tu yang asyik muntah dan ci-bi je (^_^)

lemah = tak bermaya

auni sangat manja dengan ummi (^_^)

InsyaAllah, petang ni Auni + abah + ummi akan duduk rumah sewa kat Pasir Mas. Kawan2 bolehlah datang Teratak Mawaddah kami ye!

** nak jumpa kawan 2 baru di Nurseri nanti

Thursday, July 29, 2010

- Mydin & RFC -

Assalamu'alaikum kawan2 (^_^)

Hari ni Auni cuma nak bagi kawan2 tengok gambar2 Auni masa ikut abah dan ummi pergi Mydin dan RFC baru-baru ni. Dah lama Auni tak ikut abah dan ummi jalan2 hehehe.

Auni berkenan dengan kasut ni...cantik, warna pink!!


ummi, Auni nak kasut comel ni boleh??


ummi tak jadi belikan Auni kasut pink tu - (muka merajuk... (v_v)


e'eh...mickey mouse ada kat sini ke?


Ha...terliur tak dengan ayam ni? Mai singgah RFC Kubang Kerian...


Amboi2 ummi...sempat ambik gambar Auni ye..


kita main dulu jom! eh, sape kat belakang Auni?


Apasal abah ni tak sampai lagi dengan nugget tu?


makan...makan nugget!


with abah sayang


Lain kali nak gi makan kat RFC dengan Syifa' dan Najwa boleh tak abah, ummi??


Tuesday, July 27, 2010

- Blog kawan2 Auni -

Kawan-kawan, lama ye Auni tak update blog ni hehe. Kesian ummi yang selalu nak kena tolong kemaskan blog Auni ni. Kalau takde ummi, agak2 dah bersawang blog Auni. Terima kasih ummi. I love you so much!!

Auni takde apa nak cerita. Cuma Auni happy sebab Auni dah ada ramai kenalan sekarang ni. Daripada Qisy, pastu jumpa adik-beradik comel Syifa' ngan Najwa, jumpa pula Mia kat blog nya tu. Baru je Auni nak jadi follower Aisya pulak ni. Wah, bestnye ramai kawan alam maya ni hihi. Qisy tu anak Uncle Amin dan Auntie Lina (senior abah ngan ummi kat UIA). Syifa' ngan Najwa tu anak2 Uncle Naj ngan Auntie Min (kawan abah ngan ummi masa kat UIA). Mia pula Auni kenal masa lawat blog dia, dan Auni masuk Contest :) Aisya pulak, Auni kenal melalui ummi sebab ummi ngan Ummu Aisya selalu lawat blog masing2....

Kakak Aisyah dan Adik Nafi' pun katanya nak ada blog. Bilalah Mak Long nak tunjuk kat Auni blog tu? Tak sabar nak tengok dan baca blog Kakak Aisyah dan Nafi'' ni hihihi.

Jom, kita sama2 saling berkenalan ye!

** Auni doakan ummi cepat sembuh (^_^)


Friday, July 16, 2010

Jalan-Jalan Cari Kawan

Auni rindu dekat atok dan nenek Shah Alam (v_v) Tak sabar nak balik Shah Alam raya ni. Kawan2 beraya di mana tahun ni? Mesti seronok kan nak raya kali ni? Auni tak sabar nak raya. Ops! Ummi cakap kena puasa dulu baru boleh raya. Siapa-siapa tak puasa tak boleh beraya. Iye ke abah?

Auni hari ni jalan-jalan ziarah cari kawan baru :) Auni pon nak ada kawan selain Qisy, Najwa dan Syifa'. So, dalam jalan-jalan cari kawan tu...Auni dah jumpa ramai sangat kawan yang comel2. Tapi ada satu yang istimewanya :) Haa, kalau kawan2 nak tahu...sila baca dalam teratak kami ye. Posting terbaru yang kami tulis lepas jalan-jalan cari kawan tadi hehehe.

Friday, June 25, 2010

- tudung Auni -

Assalamu'alaikum kawan-kawan semua.

Eh, siapa puteri yang pakai tudung dengan ummi ni? Macam kenal aja :p Ooh, inilah Princess Auni Nafeesa hehe. Dah pakai tudung rupanya, hampir-hampir tak cam tadi. Kawan-kawan nak tahu, Auni dah ada tudung baru macam Kakak Aisyah. Ummi dan abah beli untuk Auni petang semalam.

Auni dan ummi...siapa paling cute pakai tudung?
(Auni muka sememeh sebab baru bangun tido hihihi)

Cantik tudung ni. Auni suka sangat sebab Auni dah dapat tudung yang sesuai dengan Auni. Terima kasih abah dan ummi sebab hadiahkan tudung ni kat Auni. Raya tahun ni dapatlah Auni pakai tudung cantik macam ummi.

Auni suka sangat yeeehaaaaaaaaaaa!

Ops, Auni sebenarnya nak gigit tanda harga tudung ni....geram sangat2!!!

** nak tunggu kakak Aisyah balik, tangkap gambar sama-sama dia yeyeye

Tuesday, June 22, 2010

- nak cerita -

Assalamu'alaikum kawan2 semua.

Hari ni hari lahir Ayah Su. Auni dan ummi juga abah ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, semoga panjang umur dalam ketaatan. Moga Ayah Su dapat jaga Auni nanti dan jadi pakcik yang penyayang ye hehehe.

Tadi Auni dengar ummi kata nak buat pizza (^_^). Ummi kata dapat resepi dari kawan ummi. Tak sabar rasanya nak makan pizza ummi ni. Mesti sedap, kan abah? Lagi satu, Auni dengar Mak Long ada blog rahsia. Haaa, apa tu? Mak Long ni surprise2 pula. Auni pun tertanya-tanya blog rahsia apa tu agaknya? Tak sabarnya nak tengok.

Kawan2, tadi Auni pergi klinik. Berat Auni naik 0.6 kg je. Sekarang ni berat Auni 6.9kg (^_^) Kakak misi suruh Auni makan banyak-banyak. Dia kata Auni kena makan makanan yang berlemak banyak sikit. Okey kakak misi!!

Okey, itu aja cerita kali ni. Kita jumpa lagi ye......................

Friday, June 18, 2010

- demam -


Assalamu'alaikum kawan2 semua...

Auni demam panas hari ni. Dah 2 hari Auni demam. Sakit badan-badan Auni ni. Semalam ummi dan abah dah bagi ubat. Tokmi lap badan Auni dengan sapu tangan kecil yang Tokmi basahkan. Tapi sekejap je demam Auni kebah, malam tu panas semula. Agak-agaknya Auni nak tumbuh gigi lah...

Kawan2 tahu, Auni sekarang ni dah pandai duduk (^_^) 1 pencapaian yang bagus kan?? Tapi Auni belum pandai merangkak lagi hehehe. Auni pun dah boleh bangun tapi kena pegang sofa atau bucu katil.

Panasnya badan Auni...huhuhu.

Saturday, June 12, 2010

- sebulan lamanya...-

Assalamu'alaikum kawan-kawan. Wah, rupanya dah sebulan setengah Auni tak update blog ni hehehe. Lama kan? Bukan Auni tak nak tulis, Auni nak sangat menaip. Tapinya, Auni kan kecik lagi...mana pandai taip. Hihihi. Selalunya ummi yang tolong taipkan, tapi ummi sendiri pun banyak kerja. Auni tak nak susahkan ummi.

Minggu lepas Auni balik kampung (^_^) Seronok sangat-sangat. Tapikan...Auni asyik nangis je. Yelah, Auni kan jarang sangat jumpa family Shah Alam. Auni tak berapa cam lah...ingatkan sape-sape lah nak ambik Auni ni hehehe. Nak tahu story tu, boleh tengok kat Teratak Mawaddah kami sekeluarga.

Auni suka gambar ni. Ummi edit guna laman web picjoke

gambar ni dah kena crop. Comel sangat rasanya...so sweet!!

** lain kali Auni citer lagi ye...Ops, Auni dah 10 bulan yeyeye

Monday, May 10, 2010

- selamat ya ummi -


Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih- sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari


Dedikasi untuk ummi :
(SAIDA MARLINA BT MOHD MOHTAR)
.: SELAMAT HARI IBU :.
~ terima kasih atas segalanya...semoga ummi sihat selalu
( auni dan ummi....COMEL!!)

Thursday, April 29, 2010

-8 bulan usiaku -


Alhamdulillah...

(Auni demam sekarang ni, sempat lagi menaip hihihi).
Pertamanya, Alhamdulillah sangat2 sebab demam Auni sebenarnya dah beransur sembuh. Cuma batuk dan selsema masih ada lagi. Paling Auni tak tahan, batuk kuat sangat. Sakit dada Auni ni. Mujur ummi dan abah dah bawa Auni ke klinik hari tu. Doktor bagi ubat untuk Auni makan. Ummi pula nak demam. Kesian kat ummi. Baru-baru ni Auni dengar ummi minta kat Allah, sembuhkan Auni. Biar ummi yang demam. Ummi tak nak Auni sakit-sakit. Saayang sangat ummi (^_^)

Keduanya, umur Auni dah 8 bulan ni 29/04/2010. Alhamdulillah, banyak yang Auni dah pandai sekarang ni. Ummi kata kalau Auni menangis, cara Auni nangis dah lain sekarang ni. Tak macam dulu. Auni sekarang ni dah pandai nak merangkak. Kawan-kawan tahu, Auni dah boleh angkat badan dan punggung. TAPI...kejap-kejap aja :)

27/04/2010 baru-baru ni Auni ikut ummi pergi klinik. Berat Auni berapa? Haa, berat Auni dah 6.7kg yeyeyey. Misi tu cakap, Auni kena makan banyak lagi biar Auni cepat besar. Pasni bolehlah ummi buatkan Auni makanan yang ada santan, lemak...kan ummi? Tak sabar nak lawan berat ngan Nafi' hehehe.

~ terima kasih ummi, abah, Tok Mi dan Cik Ewa sebab jaga Auni masa demam baru-baru ni

Saturday, April 17, 2010

- terima kasih -

Assalamu'alaikum semua.
Auni seronok sangat sebab ada ramai yang jaga Auni. Ayah Din, Cik Ewa, Moksu, Ayah We...Erm, Moksu dah balik Nilai pagi semalam. Auni minta maaf ye, sebab mula-mula tu Auni tak cam Moksu. Kan Auni nangis bila Moksu dukung Auni. Hehehe, tapi sekarang tak lagi (^_^)
Terima kasih sangat sebab bantu ummi dan abah jaga Auni ni. Auni kan aktif...kesian kat ummi ngan abah, juga Tokmi yang jaga Auni. Mesti letih, kan? Auni menangis, sebab Auni lapar sangat. Auni makan banyak sekarang ni. Auni makan nasi, nestum, susu, buah...kan ummi?

Terima kasih ummi, abah sebab tak putus-putus doakan Auni, dan sabar layan kerenah Auni hihi. Auni minta maaf ye, kalau Auni asyik nak bermanja dengan ummi :) Auni saaayang ummi, auni saaayang abah muah..muah..muah. I love both of you!
Ummi yang Auni saaangat sayang....

Abah pon Auni saaaayang...

Friday, April 9, 2010

- 3 beradik nak balik -

Assalamu'alaikum semua.
wah, lamanya Auni tak update blog :) hampir sebulan rasanya. Auni tak tahu nak cerita apa sebenarnya (walhal macam-macam yang Auni cerita dengan ummi) hehehe. Tapi hari ni Auni nak bagitahu semua, bahawasanya Auni punya makcik dan pakcik akan balik yahooo!!
Ayah Din balik esok dengan kawannya. Moksu balik pukul 8.30 pagi dengan bas. Moksu belajar kat UIA Nilai. Erm, Cik Ewa balik pukul 11.00 pagi rasanya. Cik Ewa belajar sekali dengan Ayah Din kat UIA Kuantan (^_^) Kebanyakan anak Tokmi ngan Tokbah belajar kat UIA, termasuklah abah auni hehehe. Cuma Ayah Long ngan Ayah Chik belajar kat Mesir. Nanti Auni nak belajar kat mana ye agaknya?
Auni sukalah bila Ayah Din, Cik Ewa ngan Moksu nak balik ni. Adalah ramai kawan yang boleh jaga Auni. Taklah ummi dengan abah letih sangat, kan? Ops! Nk tahu tak...auni jatuh katil baru-baru ni. So, bacalah cerita tu kat Teratak Mawaddah ye.

Saturday, March 6, 2010

~ Pantai Irama ~

tak sabar nak gi Pantai Irama ni...

Assalamualaikum semua...

Auni sangat letih sekarang ni. Petang tadi ummi dan abah bawa Auni jalan-jalan. Kawan-kawan tahu tak Auni pergi mana? Auni makan angin kat Pantai Irama, Bachok (^_^). Auni baru 2 kali pergi pantai. Hari ni Auni pakai baju oren, hadiah dari kawan ummi. Terima kasih Cik Ja :)

Seeejukkk sangat kat pantai tadi. Kaki dan tangan Auni sejuk. Abah cecahkan kaki Auni kat gigi air tadi. Seronok sangat, sampai Auni ketawa girang hehehe. Auni tak tahan sejuk, sebab tu Auni nangis tadi. Maaf ye ummi, abah hihihi. Jom tengok gambar2 Auni kat pantai tadi...

Aiseyy...tertido pulak auni.

cejuk...cejuk...

ummi pegangkan auni

makan-makan hehehe

sedapnye susu ni..nyum..nyum..

wow...romantiknya abah dengan ummi ni...

~ agak-agaknya, atok bawa auni gi pantai tak bila auni balik shah alam nanti??

Friday, March 5, 2010

- nota cinta -


Myspace Lover Letter

Nota cinta ini Auni tujukan untuk ummi dan abah yang saaaangat Auni sayang. Love you so much!!

Thursday, March 4, 2010

- Anak ummi dan abah ni -


Assalamualaikum semua...

E'eh, dulu Auni kecik aja, kecik sangat-sangat 2.1kg masa lahir. Dahla Auni lahir tak cukup bulan, masa Auni 34 minggu dalam kandungan ummi. Erm siapa sangka sekarang ni Auni dah besar, kan? Baru-baru ni Auni ke klinik. Alhamdulillah berat Auni dah 6kg (^_^) Pejam-celik, pejam-celik Auni nak masuk 7 bulan hujung Mac ni yeyeye. Terima kasih ummi dan abah, jaga Auni, layan kerenah Auni yang sangatlah manja ni heeeee. Semoga ummi dan abah sabar..sabar...dan sabar dalam menjaga Auni ye.

Ops, sebelum tu Auni nak ucapkan Selamat Datang, Ahlan wasahlan kepada Hafiz (Muhammad Hafiz Tajuddin). Hafiz ni kawan baru Auni, anak kepada Cik Yea dan Cik Man.

Hafiz yang sangat comel...


Princess ummi dan abah yang sangat manja....hihihi

~ baru tengok blog Syifa' .

Wednesday, February 17, 2010

- februari 2010 -

Auni bersama ummi ketika 4 bulan

Anak abah yang manja

Selamat Hari Lahir yang ke-26 untuk ummi (Pn. Saida Marlina bt Mohd Mohtar - 09/02/1984) dan abah (En. Mohd Fikry bin Mohamed - 15/02/84). Terima kasih kerana telah memberikan kasih-sayang yang tak berbelah bahagi kepada Auni.

Semoga abah dan ummi sentiasa sihat, ceria, bahagia, kekal hingga ke syurga (^_^)

** I LOVE BOTH OF YOU ... mom and dad

Sunday, February 14, 2010

- hadiah -

Stokin Auni untuk jalan-jalan sahaja...

Assalamualaikum semua :)

Dah lama Auni tak update blog Auni. Mujur hari ni Auni berkesempatan nak update blog. Auni seronok sangat sebab ummi dan abah belikan Auni hadiah. Apa tu? Jom kita tengok...

Baby Teether untuk Auni. Sekarang ni Auni asyik nak gigit-gigit je...

Cantik kan sikat Auni ni?

Barangan Auni yang comel-comel...


** Esok Auni nak gi Pantai Irama. Jom!!

Tuesday, February 2, 2010

- model tudung -

wajah comel Auni bila bertudung...
ummi kata sungguh cantik anak ummi dan abah pakai tudung ni...

Kawan-kawan, Auni sekarang ni jadi model tudung (^_^). Auni menggayakan tudung yang Tok Mi jahit. Cantik kan? InsyaAllah, ummi dan abah cakap nak belikan tudung untuk Auni. Jadi, bolehlah Auni pakai tudung selalu...

Sayalah PRINCESS SOLEHAH = PRINCESS AUNI

Saaaayang ummi...ummi betulkan tudung Auni ni.

Pandangan kosong...

Nak buka tudunglah, dah lama Auni posing ni...letih...