RINDU
Ya, auni rindu dengan blog auni. Dah lama auni tak update blog ini. Kawan-kawan apa khabar? Diam tak diam auni dah 2 tahun 8 bulan. Yeay, saya dah besarlah :) Banyak cerita yang auni nak kongsi dengan kawan-kawan semua. Ada 3 cerita yang sangat seronok. Apa dia?
1- Ziarah Mahabbah ke Teratak Mawaddah
Auni dapat jumpa dengan Mak Long, Pak Long, Abang Haris, adik Hanif, Uncle Asy, Auntie Are dan adik Irsyaad. Seronok sangat kawan-kawan. Tengok gambar auni tu, betapa gembira dan sukanya dapat jumpa semua kawan ummi dan abah, kan? Lepas ni giliran kami pula nak membalas kunjungan ni hehehe
2- Ayah Din dah kahwin!
Ayah Din kahwin dengan Acik Ain (^__^) Warna tema : coklat. Yeke? Ini gambar semasa di rumah Acik Ain. Sangat seronok sebab semua ada, kecuali Ayah Chik. Auni doakan Ayah Din dan Acik Ain bercinta hingga ke syurga - macam tema TM kami je hihi
3- Kami dah pindah rumah baru.
Yeay, akhirnya kami sekeluarga dah pindah rumah baru. Alhamdulillah. Ummi abah kata kita kena bersyukur selalu. Nanti auni ceritakan lebih lanjut pasal teratak kami ni e. Kawan-kawan, marilah datang teratak kami....
hingga jumpa lagi :)
1 comment:
Salam,
My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my
Thanks :)
Post a Comment