Showing posts with label bestday. Show all posts
Showing posts with label bestday. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

- besday kami -

Alhamdulillah..
Auni genap setahun pada 08 Ramadhan 1431h (^_^)
terima kasih kepada ummi, abah, atok2, nenek2 dan pakcik makcik
serta kawan2 yang ucap selamat kat Auni...
Terima kasih juga ummi abah, atas kasih-sayang selama ini.
Terima kasih sebab menjaga dan mendidik Auni selama setahun ni.

Kelmarin (20.08.2010) besday Ayah We yang ke-22 tahun.

*
*
*
*
Semoga Ayah We sihat sokmo, ceria, bahagia dan dapat jaga Auni lagi ye.
Ayah We peneman dan pengasuh Auni yang saaangat baik :)


** tunggu Ayah Chik balik nak jaga Auni pulak (^_^)

Tuesday, June 22, 2010

- nak cerita -

Assalamu'alaikum kawan2 semua.

Hari ni hari lahir Ayah Su. Auni dan ummi juga abah ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, semoga panjang umur dalam ketaatan. Moga Ayah Su dapat jaga Auni nanti dan jadi pakcik yang penyayang ye hehehe.

Tadi Auni dengar ummi kata nak buat pizza (^_^). Ummi kata dapat resepi dari kawan ummi. Tak sabar rasanya nak makan pizza ummi ni. Mesti sedap, kan abah? Lagi satu, Auni dengar Mak Long ada blog rahsia. Haaa, apa tu? Mak Long ni surprise2 pula. Auni pun tertanya-tanya blog rahsia apa tu agaknya? Tak sabarnya nak tengok.

Kawan2, tadi Auni pergi klinik. Berat Auni naik 0.6 kg je. Sekarang ni berat Auni 6.9kg (^_^) Kakak misi suruh Auni makan banyak-banyak. Dia kata Auni kena makan makanan yang berlemak banyak sikit. Okey kakak misi!!

Okey, itu aja cerita kali ni. Kita jumpa lagi ye......................

Wednesday, February 17, 2010

- februari 2010 -

Auni bersama ummi ketika 4 bulan

Anak abah yang manja

Selamat Hari Lahir yang ke-26 untuk ummi (Pn. Saida Marlina bt Mohd Mohtar - 09/02/1984) dan abah (En. Mohd Fikry bin Mohamed - 15/02/84). Terima kasih kerana telah memberikan kasih-sayang yang tak berbelah bahagi kepada Auni.

Semoga abah dan ummi sentiasa sihat, ceria, bahagia, kekal hingga ke syurga (^_^)

** I LOVE BOTH OF YOU ... mom and dad

Monday, February 1, 2010

- 31 Januari -

Assalamualaikum...

Auni tak sempat nak ucap selamat kat Ayah Chik dan Acik Edil. Penghujung Januari lalu, hari lahir Ayah Chik dan Acik Edil.

31/01/1985 (birthday Ayah Chik)
- Mohd Taufiq bin Mohamed
- umur : 25 tahun

31/01/1987 (birthday Acik Edil)
- Mohd Aidil bin Mohd Mohtar
- umur 23 tahun

Dua-dua merupakan pak sedara Auni. Ayah Chik-adik abah, manakala Acik Edil-adik ummi. Auni cuma kenal Ayah Chik melalui gambar. Acik Edil pulak, baru 3 kali jumpa. Namun, abah dan ummi cakap dua-dua pak sedara Auni ni hebat-hebat belaka. Tak sabarnya nak jumpa Ayah Chik dan Acik Edil ni.


** Selamat Hari Lahir yang ke-25 untuk Ayah Chik dan ke-23 untuk Acik Edil (^_^)