Showing posts with label cerita sikit. Show all posts
Showing posts with label cerita sikit. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Auni kembali

Alhamdulillah.
Auni dah 2 tahun 2 bulan sekarang (^_^)
Banyak sangat auni nak cerita, tapi asyik tak berkesempatan.
InsyaAllah nanti auni cerita perkembangan auni satu persatu ye kawan-kawan
(^_^)
Selamat berhujung minggu

Thursday, March 10, 2011

- nak tulis sikit -

kembar tak seiras?
ini Nafi' = adik sepupu auni


Lamanya auni tak update blog :)

Walaupun tak ramai yang tahu auni ada blog, tapi auni nak juga ada blog. Ummi kata bila auni dah besar, auni boleh menulis. Rajin macam ummi + abah.

Sekarang auni dah 19 bulan = setahun 7bulan.

Auni makin aktif. Kawan2 tahu, auni suka sangat lagu Ummiku Sayang. Tiap-tiap hari ummi akan pasangkan lagu tu. Auni sayang ummi..ummi..ummi dan abah (^_^)

ummi...abah...terima kasih sebab jaga Auni, bagi kasih-sayang kat auni selama ni (^_^)


Wednesday, September 22, 2010

- terima kasih -

Assalamu'alaikum semua...

Wah, lamanya Auni tak update blog. Banyak cerita nak kongsi, tapi asyik tak sempat hehe. Apa pun, Auni nak ucapkan terima kasih kat ummi sebab edit gambar Auni :)

Syawwal 1431 yang lalu
- tudung ni ummi beli kat Rantau Panjang = RM5 sahaja.


Blog Auni pun dah berWAJAH baru...tema coklat (^_^) terima kasih banyak ummi, sebab tolong CATkan blog Auni ni. Header pun dah baru.....
*


*


*

Little Princess : puteri kebanggaan abah & ummi

** pssst : gigi Auni dah 6 batang (^_^)


Friday, August 13, 2010

- Salam Ramadhan 1431h -


Salam Ramadhan buat semua umat Islam terutama pengunjung di blog Auni ni (^_^)

Alhamdulillah, Auni dah sembuh dari muntah2 dan ci-bi. Tokmi cakap kemungkinan Auni ada cacing dalam perut, tu yang asyik muntah dan ci-bi je (^_^)

lemah = tak bermaya

auni sangat manja dengan ummi (^_^)

InsyaAllah, petang ni Auni + abah + ummi akan duduk rumah sewa kat Pasir Mas. Kawan2 bolehlah datang Teratak Mawaddah kami ye!

** nak jumpa kawan 2 baru di Nurseri nanti

Friday, June 25, 2010

- tudung Auni -

Assalamu'alaikum kawan-kawan semua.

Eh, siapa puteri yang pakai tudung dengan ummi ni? Macam kenal aja :p Ooh, inilah Princess Auni Nafeesa hehe. Dah pakai tudung rupanya, hampir-hampir tak cam tadi. Kawan-kawan nak tahu, Auni dah ada tudung baru macam Kakak Aisyah. Ummi dan abah beli untuk Auni petang semalam.

Auni dan ummi...siapa paling cute pakai tudung?
(Auni muka sememeh sebab baru bangun tido hihihi)

Cantik tudung ni. Auni suka sangat sebab Auni dah dapat tudung yang sesuai dengan Auni. Terima kasih abah dan ummi sebab hadiahkan tudung ni kat Auni. Raya tahun ni dapatlah Auni pakai tudung cantik macam ummi.

Auni suka sangat yeeehaaaaaaaaaaa!

Ops, Auni sebenarnya nak gigit tanda harga tudung ni....geram sangat2!!!

** nak tunggu kakak Aisyah balik, tangkap gambar sama-sama dia yeyeye

Tuesday, June 22, 2010

- nak cerita -

Assalamu'alaikum kawan2 semua.

Hari ni hari lahir Ayah Su. Auni dan ummi juga abah ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, semoga panjang umur dalam ketaatan. Moga Ayah Su dapat jaga Auni nanti dan jadi pakcik yang penyayang ye hehehe.

Tadi Auni dengar ummi kata nak buat pizza (^_^). Ummi kata dapat resepi dari kawan ummi. Tak sabar rasanya nak makan pizza ummi ni. Mesti sedap, kan abah? Lagi satu, Auni dengar Mak Long ada blog rahsia. Haaa, apa tu? Mak Long ni surprise2 pula. Auni pun tertanya-tanya blog rahsia apa tu agaknya? Tak sabarnya nak tengok.

Kawan2, tadi Auni pergi klinik. Berat Auni naik 0.6 kg je. Sekarang ni berat Auni 6.9kg (^_^) Kakak misi suruh Auni makan banyak-banyak. Dia kata Auni kena makan makanan yang berlemak banyak sikit. Okey kakak misi!!

Okey, itu aja cerita kali ni. Kita jumpa lagi ye......................

Friday, June 18, 2010

- demam -


Assalamu'alaikum kawan2 semua...

Auni demam panas hari ni. Dah 2 hari Auni demam. Sakit badan-badan Auni ni. Semalam ummi dan abah dah bagi ubat. Tokmi lap badan Auni dengan sapu tangan kecil yang Tokmi basahkan. Tapi sekejap je demam Auni kebah, malam tu panas semula. Agak-agaknya Auni nak tumbuh gigi lah...

Kawan2 tahu, Auni sekarang ni dah pandai duduk (^_^) 1 pencapaian yang bagus kan?? Tapi Auni belum pandai merangkak lagi hehehe. Auni pun dah boleh bangun tapi kena pegang sofa atau bucu katil.

Panasnya badan Auni...huhuhu.

Saturday, June 12, 2010

- sebulan lamanya...-

Assalamu'alaikum kawan-kawan. Wah, rupanya dah sebulan setengah Auni tak update blog ni hehehe. Lama kan? Bukan Auni tak nak tulis, Auni nak sangat menaip. Tapinya, Auni kan kecik lagi...mana pandai taip. Hihihi. Selalunya ummi yang tolong taipkan, tapi ummi sendiri pun banyak kerja. Auni tak nak susahkan ummi.

Minggu lepas Auni balik kampung (^_^) Seronok sangat-sangat. Tapikan...Auni asyik nangis je. Yelah, Auni kan jarang sangat jumpa family Shah Alam. Auni tak berapa cam lah...ingatkan sape-sape lah nak ambik Auni ni hehehe. Nak tahu story tu, boleh tengok kat Teratak Mawaddah kami sekeluarga.

Auni suka gambar ni. Ummi edit guna laman web picjoke

gambar ni dah kena crop. Comel sangat rasanya...so sweet!!

** lain kali Auni citer lagi ye...Ops, Auni dah 10 bulan yeyeye

Thursday, April 29, 2010

-8 bulan usiaku -


Alhamdulillah...

(Auni demam sekarang ni, sempat lagi menaip hihihi).
Pertamanya, Alhamdulillah sangat2 sebab demam Auni sebenarnya dah beransur sembuh. Cuma batuk dan selsema masih ada lagi. Paling Auni tak tahan, batuk kuat sangat. Sakit dada Auni ni. Mujur ummi dan abah dah bawa Auni ke klinik hari tu. Doktor bagi ubat untuk Auni makan. Ummi pula nak demam. Kesian kat ummi. Baru-baru ni Auni dengar ummi minta kat Allah, sembuhkan Auni. Biar ummi yang demam. Ummi tak nak Auni sakit-sakit. Saayang sangat ummi (^_^)

Keduanya, umur Auni dah 8 bulan ni 29/04/2010. Alhamdulillah, banyak yang Auni dah pandai sekarang ni. Ummi kata kalau Auni menangis, cara Auni nangis dah lain sekarang ni. Tak macam dulu. Auni sekarang ni dah pandai nak merangkak. Kawan-kawan tahu, Auni dah boleh angkat badan dan punggung. TAPI...kejap-kejap aja :)

27/04/2010 baru-baru ni Auni ikut ummi pergi klinik. Berat Auni berapa? Haa, berat Auni dah 6.7kg yeyeyey. Misi tu cakap, Auni kena makan banyak lagi biar Auni cepat besar. Pasni bolehlah ummi buatkan Auni makanan yang ada santan, lemak...kan ummi? Tak sabar nak lawan berat ngan Nafi' hehehe.

~ terima kasih ummi, abah, Tok Mi dan Cik Ewa sebab jaga Auni masa demam baru-baru ni

Thursday, March 4, 2010

- Anak ummi dan abah ni -


Assalamualaikum semua...

E'eh, dulu Auni kecik aja, kecik sangat-sangat 2.1kg masa lahir. Dahla Auni lahir tak cukup bulan, masa Auni 34 minggu dalam kandungan ummi. Erm siapa sangka sekarang ni Auni dah besar, kan? Baru-baru ni Auni ke klinik. Alhamdulillah berat Auni dah 6kg (^_^) Pejam-celik, pejam-celik Auni nak masuk 7 bulan hujung Mac ni yeyeye. Terima kasih ummi dan abah, jaga Auni, layan kerenah Auni yang sangatlah manja ni heeeee. Semoga ummi dan abah sabar..sabar...dan sabar dalam menjaga Auni ye.

Ops, sebelum tu Auni nak ucapkan Selamat Datang, Ahlan wasahlan kepada Hafiz (Muhammad Hafiz Tajuddin). Hafiz ni kawan baru Auni, anak kepada Cik Yea dan Cik Man.

Hafiz yang sangat comel...


Princess ummi dan abah yang sangat manja....hihihi

~ baru tengok blog Syifa' .

Sunday, February 14, 2010

- hadiah -

Stokin Auni untuk jalan-jalan sahaja...

Assalamualaikum semua :)

Dah lama Auni tak update blog Auni. Mujur hari ni Auni berkesempatan nak update blog. Auni seronok sangat sebab ummi dan abah belikan Auni hadiah. Apa tu? Jom kita tengok...

Baby Teether untuk Auni. Sekarang ni Auni asyik nak gigit-gigit je...

Cantik kan sikat Auni ni?

Barangan Auni yang comel-comel...


** Esok Auni nak gi Pantai Irama. Jom!!

Saturday, January 30, 2010

- Salam perkenalan -



Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, Auni dah ada blog sendiri. Terima kasih ummi sebab buatkan Auni blog. Ummi cakap ini hadiah sempena usia Auni 5 bulan. Wah, orang lain ada ke dapat hadiah blog macam yang ummi bagi ni? Bertuah Auni. Susah payah ummi dan abah buatkan blog ni untuk Auni. Ummi dan abah nak Auni ni rajin menulis macam ummi masa kecik-kecik dulu. (Sekarang ni pon ummi masih menulis...).

Dah ada blog sendiri ni, senanglah sikit Auni nak cerita apa-apa yang patut. Insya Allah Auni nak jaga blog auni ni baik-baik. Ops, kenapa blog ni nama Princess Auni? Sebabnya ummi kata Auni ni cantik dan comel macam puteri. Comelkan Auni?

Okeylah kawan-kawan, hingga kita jumpa lagi ye. Salam sayang dan salam perkenalan dari Auni.

** Ummi tolong taipkan sebab Auni tengah tidur sebenarnya. Terima kasih ummi.