Showing posts with label kawan Auni. Show all posts
Showing posts with label kawan Auni. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

- besday kami -

Alhamdulillah..
Auni genap setahun pada 08 Ramadhan 1431h (^_^)
terima kasih kepada ummi, abah, atok2, nenek2 dan pakcik makcik
serta kawan2 yang ucap selamat kat Auni...
Terima kasih juga ummi abah, atas kasih-sayang selama ini.
Terima kasih sebab menjaga dan mendidik Auni selama setahun ni.

Kelmarin (20.08.2010) besday Ayah We yang ke-22 tahun.

*
*
*
*
Semoga Ayah We sihat sokmo, ceria, bahagia dan dapat jaga Auni lagi ye.
Ayah We peneman dan pengasuh Auni yang saaangat baik :)


** tunggu Ayah Chik balik nak jaga Auni pulak (^_^)

Tuesday, July 27, 2010

- Blog kawan2 Auni -

Kawan-kawan, lama ye Auni tak update blog ni hehe. Kesian ummi yang selalu nak kena tolong kemaskan blog Auni ni. Kalau takde ummi, agak2 dah bersawang blog Auni. Terima kasih ummi. I love you so much!!

Auni takde apa nak cerita. Cuma Auni happy sebab Auni dah ada ramai kenalan sekarang ni. Daripada Qisy, pastu jumpa adik-beradik comel Syifa' ngan Najwa, jumpa pula Mia kat blog nya tu. Baru je Auni nak jadi follower Aisya pulak ni. Wah, bestnye ramai kawan alam maya ni hihi. Qisy tu anak Uncle Amin dan Auntie Lina (senior abah ngan ummi kat UIA). Syifa' ngan Najwa tu anak2 Uncle Naj ngan Auntie Min (kawan abah ngan ummi masa kat UIA). Mia pula Auni kenal masa lawat blog dia, dan Auni masuk Contest :) Aisya pulak, Auni kenal melalui ummi sebab ummi ngan Ummu Aisya selalu lawat blog masing2....

Kakak Aisyah dan Adik Nafi' pun katanya nak ada blog. Bilalah Mak Long nak tunjuk kat Auni blog tu? Tak sabar nak tengok dan baca blog Kakak Aisyah dan Nafi'' ni hihihi.

Jom, kita sama2 saling berkenalan ye!

** Auni doakan ummi cepat sembuh (^_^)


Friday, July 16, 2010

Jalan-Jalan Cari Kawan

Auni rindu dekat atok dan nenek Shah Alam (v_v) Tak sabar nak balik Shah Alam raya ni. Kawan2 beraya di mana tahun ni? Mesti seronok kan nak raya kali ni? Auni tak sabar nak raya. Ops! Ummi cakap kena puasa dulu baru boleh raya. Siapa-siapa tak puasa tak boleh beraya. Iye ke abah?

Auni hari ni jalan-jalan ziarah cari kawan baru :) Auni pon nak ada kawan selain Qisy, Najwa dan Syifa'. So, dalam jalan-jalan cari kawan tu...Auni dah jumpa ramai sangat kawan yang comel2. Tapi ada satu yang istimewanya :) Haa, kalau kawan2 nak tahu...sila baca dalam teratak kami ye. Posting terbaru yang kami tulis lepas jalan-jalan cari kawan tadi hehehe.

Thursday, March 4, 2010

- Anak ummi dan abah ni -


Assalamualaikum semua...

E'eh, dulu Auni kecik aja, kecik sangat-sangat 2.1kg masa lahir. Dahla Auni lahir tak cukup bulan, masa Auni 34 minggu dalam kandungan ummi. Erm siapa sangka sekarang ni Auni dah besar, kan? Baru-baru ni Auni ke klinik. Alhamdulillah berat Auni dah 6kg (^_^) Pejam-celik, pejam-celik Auni nak masuk 7 bulan hujung Mac ni yeyeye. Terima kasih ummi dan abah, jaga Auni, layan kerenah Auni yang sangatlah manja ni heeeee. Semoga ummi dan abah sabar..sabar...dan sabar dalam menjaga Auni ye.

Ops, sebelum tu Auni nak ucapkan Selamat Datang, Ahlan wasahlan kepada Hafiz (Muhammad Hafiz Tajuddin). Hafiz ni kawan baru Auni, anak kepada Cik Yea dan Cik Man.

Hafiz yang sangat comel...


Princess ummi dan abah yang sangat manja....hihihi

~ baru tengok blog Syifa' .